Just Me

December 30, 2006

Alahai Banjir…..

Filed under: About us....

Assalamualaikum, selamat pagi… Baru2 ni banjir telah melanda beberapa kawasan di semenanjung; Johor,Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Sememang bencana seperti ini memang menyedihkan dan menyayat hati.. Kita hilang segala-galanya yang dibina bertahun-tahun lamanya… Saya berdoa agar mangsa2 banjir tabah dalam mengharungi masa2 yang sukar… Masih ada cahaya di dalam kegelapan.

December 28, 2006

KISAH POKOK EPAL

Filed under: Cerita Best

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu…

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…" kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.

SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA

Saat Terindah Dalam Hidup Ku

Filed under: Sajak @ Puisi

Tuhan,
walau apapun dugaan
berikanlah aku kekuatan
hanya Kau yang mampu
sedangkan aku hambaMu
tak punya apa-apa

Jadikan setiap saat
adalah masa terindah buatku
walaupun seperit dan sepedih mana
selagi aku masih punya Tuhan
selagi aku masih tidak hilang harapan
selagi aku masih mampu menyebut namaMu
aku tahu
segalanya tetap indah disisiku

Paling Tua

Filed under: Rehat Minda
 Di satu sekolah tabika…

Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?

Amri : Tiga, cikgu!

Cikgu : Awak yang paling tua?

Amri : Tak…Atuk saya…

Cikgu :emoticon

December 27, 2006

Tentang Seseorang

Filed under: About us....

He he he.. Ini bukan tentang seseorang ni tapi 2 org, ni aku perkenalkan anak buah aku yang sangat8x aku sayang. Yang kat atas tu Fatin Nadira (DOB 4 Disember 2001) dan yang kat bawah tu Aiman Firdaus (DOB 17 April 2004) dan sorang lagi Fatin Nurliyana (DOB 4 Jun 2006, sorry takde gambar, nanti akan di uploadkan). Cute tak diorang? ACu nak ucapkan Happy Belated Birthday buat atin.. Nanti kalau Acu balik Acu bagi hadiah yea, Acu janji… Ok Adios….

Tentang Kami

Filed under: About us....

Kami baru je kawin 28 Oktober 2006. Itu kat rumah perempuan,rumah aku keesokan harinya 29 october 2006. Doakan kebahagiaan kami hingga akhir hayat.

Tentang Dia

Filed under: About us....

Ini adalah jantung hati aku. Ini adalah isteri aku. Kitaorang jumpa waktu sekolah menengah dulu tahun 1994. Macam2 lah yang kami lalui, susah, senang, gembira malah tangis bersama. (Jiwang pulak…. )Akhirnya kahwin jugak. Bagi aku, aku cukup bersyukur pada Tuhan kerana Dia telah memberi aku satu anugerah berharga yang telah banyak mengubah diri aku menjadi seorang yang lebih baik. Kiranya dulu aku ni setan sikitlah, tapi sekarang ni Alhamdulliah. Sayang, thanks for everything, harap sayang dapat bersabar ckit dgn perangai abg ni… Abg akan cuba jadi suami terbaik buat sayang…Insya-Allah

Tentang Aku

Filed under: About us....

Assalamualaikum, salam sejahtera. Selamat datang ke blog aku ni yang tak seberapa sangat. Tujuan aku tulis blog ni adalah untuk merehatkan minda, keeping in touch dengan kawan lama dan juga mencari kawan baru. Well, aku akan cubalah utk sentiasa update blog ni tapi kalau internet office breakdown, tak dapat lah den nak tolong….Alamak, lupa pulak kan nak perkenalkan diri. Nama aku biarlah rahsia. Kalau siapa yang nak kenal meh lah join blog aku ni.. Ni aku tempelkan muka aku ni, kalau terjumpalah kat tepi jalan tegor le ye… bolehlah korang belanje aku makan :)

Aku ni suka surfing kat internet (selain tido), tapi bukannya utk membuang masa tapi lepak kat FORUM CARI. Oklah kat sana, macam-macam ada. So kalau korang free, cuba2lah lepak kat sana. By the way, I’m 26. Married but still available :) . I’m staying and working at labuan currently. So, enjoy my blog.

December 26, 2006

MP3 Best

Filed under: Musik

Shane Ward - No Promises

http://d.turboupload.com/de/1357513/humqaylpd5.html

My New HP

Filed under: About us....

RIHANNA - UNFAITHFUL

Filed under: Musik

Story of my life
Searching for the right
But it keeps avoiding me
Sorrow in my soul
Cause it seems that wrong
Really loves my company

He’s more than a man
And this is more than love
The reason that the sky is blue
But clouds are rolling in
Because I’m gone again
And to him I just can’t be true

And I know that he knows I’m unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…
A murderer

I feel it in the air
As I’m doing my hair
Preparing for another date
A kiss upon my cheek
As he reluctantly
Asks if I’m gonna be out late
I say I won’t be long
Just hanging with the girls
A lie I didn’t have to tell
Because we both know
Where I’m about to go
And we know it very well

Cause I know that he knows I’m unfaithful
And it kills him inside
To know that I am happy with some other guy
I can see him dying

I don’t wanna do this anymore
I don’t wanna be the reason why
Everytime I walk out the door
I see him die a little more inside
I don’t wanna hurt him anymore
I don’t wanna take away his life
I don’t wanna be…
A murderer

Our love, his trust
I might as well take a gun and put it to his head
Get it over with
I don’t wanna do this
Anymore

My First Time…

Filed under: About us....

Assalamualaikum, salam untuk semua.. Well this is the first time I’m writing in my own blog.. I would like to welcome all the viewers out there. And i hope you will enjoy viewing my blog. I will try to make it as fun as it can.. Kalau ada salah dan silap, betulkan saya, ok!! Enjoy :)

Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Ian Main